Perubatan Tradisional china
|
Perubatan tradisional Cina ialah satu lingkungan amalan
perubatan tradisional yang berasal dari China. Walaupun diterima baik dalam
arus rawatan ubat di serata Asia Timur, ia dianggap sebagai suatu sistem
perubatan alternatif di kebanyakan tempat dunia barat.
Amalan perubatan Cina termasuk rawatan seperti
ubat herba, akupunktur, akupressure, terapi diet, dan urut Tui na dan Shiatsu.
Qigong dan Taijiquan juga berkaitan dekat dengan perubatan tradisional
Cina.Falsafah ubatan Cina tradisional banyak berpenggaruh dari pemikiran
Taoisme, Buddha dan Neo-Konfusianisme, ia mencerminkan kepercayaan Cina kuno
(klasik) bahawa kehidupan dan aktiviti manusia individu mempunyai hubungan erat
dengan persekitaran pada semua tahap.
Akupunktur ialah sejenis sistem
perubatan tradisional China yang
merawat pesakit dengan menggunakan tusukan jarum halus di tempat-tempat tertentu badan untuk menyembuhkan kesakitan atau tujuan terapeutik. Kaedah perubatan cina secara akupuntur atau urutan
refleksi mula dipraktikan di China sejak 5000 tahun lalu. Pada masa dahulu
ketulan-ketulan batu digunakan dan bukannya jarum seperti yang digunakan
sekarang. Alternatif lain bagi rawatan akupuntur selain daripada menggunakan
kaedah jarum adalah dengan memicit dapat memudahkan pesakit melakukan rawatan. Perubatan
akupunktur di Malaysia masih baru dan sedang dalam peringkat
pengenalan. Akupunktur diamalkan oleh orang China Malaysia dan sekarang baru diamalkan oleh lapisan masyarakat lain
termasuk Melayu, India dan lain-lain.
Refleksologi iaitu mengurut titik
refleksi yang terdapat disekitar tapak kaki pesakit. Cara perubatan ini besal
dari China dan telah diamalkan beribu tahun lamanya sebelum berkembang ke
seluruh dunia. Perubatan ini membabitkan urutan pada 62 titik utama yang ada
pada tapak kaki sesorang. Keistimewaan pengubatan secara urut refleksi ini
adalah ‘selamat dan mudah’ kerana tidak perlu mkana sebarang ubat. Semua titik
berkenaan mempunyai hubungan dengan organ utama pada tubuh antaranya jantung,
paru-paru, ginjal, organ seks dan otak.